+Facebook

+Twitter

+Ask.fm

+Tumblr

Dope ▲

Hello. I wish I lost weight as fast as I lose motivation. Product of 1994. Believe it or not, cherish your moment with your friends cause you no longer allow to be a student on high school.


+FOLLOW HOME ABOUT STUFF VVIP PERSON

FootPrints ▲

Leave your footprints here.


Leave your footprints. Thank you?

Ask Me ▲



Wish List ▲

SPM
IPAD
NIKON D500
FOLLOWER 1000
GALAXY NOTE
STPM
NIKAH



8 Sparkles ?




PEREMPUAN DI MATA SAYA.
Tuesday, May 1, 2012 | 10:35 PM | 2 comments

Perempuan, awak tahu tak awak sangat mahal? Ketahuilah bahawa, makhluk yang saya paling sayangi di dunia ini adalah perempuan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mengapa?
Jika yang bertanya lelaki, saya mungkin memahami. Tetapi perempuan, jika awak bertanya, maka saya kehairanan. Apakah awak tidak tahu mengapa saya sayangi awak? Adakah awak tidak menyedari betapa istimewanya awak?
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


AKU DARI RAHIM SEORANG PEREMPUAN

Kalau difikirkan semula, tiada lelaki yang dilahirkan selain rahim ibu melainkan Nabi Adam. Sultan, pemerintah, perdana menteri, tentera, pegawai, doktor, genius, semua dilahirkan dari perut seorang perempuan. Saya, dari rahim seorang perempuan juga.

I love my mom no matter what we go through, no matter how much we argue, because I know, at the end,
She'll always be there.
I can't imagine how do I breath without these angel. I love you Mak.

Tiada manusia yang dilahirkan hebat. Semua dilahirkan sebagai manusia biasa. Tetapi biasanya manusia-manusia hebat mempunyai Ibu yang hebat di sisi yang mendidik dari kecil.
Mengapa pula saya tidak sayangkan perempuan? Mengapa pula saya tidak mengambil berat terhadap mereka? Dari rahim merekalah lahirnya pewaris masa hadapan. Sekiranya saya membiarkan perempuan rosak, dirosakkan sama lah seperti saya membiarkan masa hadapan dunia hancur, gelap dan hitam.

Sekiranya perempuan yang mengendong masa hadapan dunia selama 9 bulan 9 hari ini rosak, di mana masa hadapan dunia? Mustahil saya tidak sayang perempuan. Tiadalah harapan yang saya inginkan, melainkan perempuan juga menyayangi diri mereka dan menjaga peribadi mereka daripada perkara yang Allah larang dan murka.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


PEREMPUAN SAYAP KIRIKU

Saya hendak kahwin dengan siapa? Mustahil dengan lelaki. Saya akan berkahwin dengan perempuan. Mustahil saya tidak menyayangi perempuan. Yang akan menjadi pendamping kepada seorang lelaki. Yang akan menjadi penyejuk mata, penenang serta pendamai hati lelaki.

Saya amat menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan saya selain perempuan menyayangi diri mereka sendiri. Menjaga diri dari kerosakan. Menjaga diri dari kemungkaran. Mempersiapkan diri menjadi hamba Allah yang taat. 

Bila sayang, ambil berat. Saya amat hairan kalau seseorang menyatakan sayang kepada dia "Aku sayang sangat dengan kau". Tetapi kemudian melemparkan dia ke dalam api. Mustahil itu sayang.

Maka kerana sayanglah, saya akan terluka apabila perempuan-perempuan berkeliaran tanpa menutup aurat. Kerana sayang jugalah saya akan terluka apabila melihat perempuan-perempuan tidak pandai menjada maruah. Kerana sayang jugalah saya terasa apabila perempuan-perempuan menayangkan akhlak buruk mereka. Kerana sayang jugalah saya tercucuk apabila melihat perempuan yg tiada rasa malu dlm diri mereka.

Kalaulah perempuan tahu bahawa mereka memegang nasib dunia. Mereka bakal ibu dan isteri. Ibu kepada anak, isteri kepada suami. Sudah ada dl sejarah, kerajaan hebat jatuh kerana seorang perempuan. Abid yang hebat jatuh kerana seorang perempuan.

Sebab itu saya sangat sayangi perempuan. Apakah perempuan-perempuan memikirkan diri mereka sendiri? Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa. Bukan tujuan saya menulis ini untuk disayangi perempuan. Tetapi tujuan saya menulis ini untuk perempuan menyayangi diri mereka sendiri. 
Kalaulah awak tahu, betapa sejuknya mata ini melihat perempuan-perempuan yang berakhlak. Kalaulah awak tahu, betapa senangnya jiwa ini melihat perempun-perempuan yang pemalu. 

Wahai perempuan, tidakkah awak memandang diri awak berharga? Maka jangan murahkan. Siapkan diri awak untuk menggoncang masa hadapan dengan keimanan. Bukan dengan kerosakan dan kehancuran.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ikhlas dari Hamba Allah yg penuh dengan dosa-dosa,
2 Comment(s)
« Previous Post | Newer Post »