+Facebook

+Twitter

+Ask.fm

+Tumblr

Dope ▲

Hello. I wish I lost weight as fast as I lose motivation. Product of 1994. Believe it or not, cherish your moment with your friends cause you no longer allow to be a student on high school.


+FOLLOW HOME ABOUT STUFF VVIP PERSON

FootPrints ▲

Leave your footprints here.


Leave your footprints. Thank you?

Ask Me ▲



Wish List ▲

SPM
IPAD
NIKON D500
FOLLOWER 1000
GALAXY NOTE
STPM
NIKAH



8 Sparkles ?




Asrama SMKAB never be replaceable.
Sunday, December 1, 2013 | 4:47 AM | 0 comments
Assalammualaikum semua. Subahanallah lama tak update blog ni. Sebab sentiasa diberatkan dan dihalangi untuk meluahkan sekeping warkah entry untuk melepaskan apa yang terbuku di hati kecil ini. Alhamdullilah syukur kerana masih bernafas di bumi Allah ini. Maaf kerana terlalu sibuk, sibuk untuk menghadapi peperiksaan STPM Sem 3 yang sudah berakhir baru-baru ini. 

Back to the story........................

Pengalaman tujuh tahun tinggal di asrama SMK. Ahmad Boestamam terlalu banyak, semuanya manis-manis belaka. Segala kenangan suka duka menjadi suatu kenangan yang sangatlah indah untuk diingati. Dan saya membayangkan sekiranya saya menulis setiap kenangan itu di dalam bentuk sebuah buku.....tebal dia bukan main lagi kan, Tujuh tahun!


Masih ku ingat lagi aku selalu bermain-main dengan mereka ketawa bersama, menangis bersama, jalan bersama-sama kini semua tinggal kenangan dalam hidup. Saat pertama menjejakkan kaki ke asrama SMK Ahamad Boestamam, perasaan ku bercampur baur semua ada sedih, takut dan banyak lagi perasaan yang bermain di minda.

So, bila ingat balik waktu Form 1 mula-mula dapat offer masuk asrama then cepat-cepat cari barang keperluan baldi, cebok, berus gigi, selipar, mcm nak pergi berperang bawak semua barang ahaks form 1 kan memang tak tahu apa lah. Then pagi tuh, sampai je pintu pagar, air mata dah mengalir sebab tk nak duduk asrama plus tgk abg-abg senior yg badan besar nakharom waktu tuh.

image

Then mak abah pesan, "Apa pun perasaan yang hang rasa waktu dekat asrama nanti, hang kena kuatkan semangat untuk kekal duduk asrama. Hang badan besar semangat kena besar. Kalau depa buli hang, hang habaq abah tau."

Masa aku datang, senior siap angkat beg aku, punyalah baik depan mak abah aku. Semuanya begitu indah. Of course la time tuh aku rasa bertuah sebab senior semua baik-baik belaka. Tapi panas yang ku sangka sampai ke petang rupanya taufan Catarina di tengahari (if only you got what I mean)

 Bermula la hidup sebagai seorang pelajar asrama.
Mula-mula masuk dapat Dorm E. Gila dorm tuh semua senior. Waktu aku form 1 wajib setiap malam ada persembahan utk abg abg form6. Semua dh prepare dengan lagu masing-masing. Jumpa senior wajib bg salam. "Smekom Bang". Sopan ayu je lalu tak angkat muka takut kena suruh buat kerja ahaks. Taktik aku dulu. Aku rindu form 1 beb. Nama "Bam" ni dapat since aku masuk asrama. Dulu, setiap budak form1 ada nama khas masing-masing. Org yg mula panggil aku "Bam" aku ingat lagi, nama dia Mizan. Dia cakap aku tembam. Sebab tuh dia panggil aku "Bam". Gediknya. Nak panggil Bob tak boleh sebab waktu aku form1 ada dak form4 nama dia Bob. I'm famous as Bam. Everything I must do it by myself. Basuh baju, Iron baju, Sidai baju. Lol kekok mula-mula sebab selama ni duduk bawak ketiak mak. Now, memang kena berdikari. Form 1 taught me everything. Zaman form 1 best sebab ada abg-abg yg sayangkan kita. YEKE NI? Hari pertama di asrama aku mula kenal dengan Faqimi, dialah yang banyak membantu aku setiap gerak gerinya aku ikut saja. Kami ke surau bersama-sama, belajar malam bersama-sama.


Dulu tahap homesick aku sampai aku pernah bayangkan aku nak terjun asrama lepastuh jadi hantu dekat asrama tu CAN YOU IMAGINE HOW COOL IT'LL BE. lol


So bila nak dah naik form 2, dah rasa matang sikit. SIKIT. Tapi belum terlepas dari senior okey. Cuma dh takdelah nak homesick bagai. I already have my own antibody. Zaman form 2 best jugak senang cerita semua tahun la best dekat asrama.

Masuk form3 then kena serious sikit sebab nak PMR dh kan, Waktu form 1 and 2 memang bingai, kuat tido dalam kelas, memang tk buat homework perangai mcm setan dulu. Naik form3 mcm dh dapat hidayah sikit itu yg baik. So, memang kena fokus time belajar. And finally alhamdullilah I've got 5A 3B in PMR. 

Dari Form 1 sampai Form 5 banyak sangat kenangan even words can't describes it. Ingatkan Form5 tuh dh last dekat asrama. Rupanya jodoh dengan asrama panjang, masuk form6 sebab masalah pengankutan maklumlah awak ni org overseas.

2013

2013. Banyak kenangan pengalaman yg aku telah tempuhi dan semua ini mematangkan aku. Kenangan manis segar dalam ingatan. Kenangan pahit semua ini sebagai cabaran utk aku terus melalui hari-hari mendatang dengan lebih kuat. Alhamdullilah setiap yang diuji dapat aku tempuh dengan baik. Ala normal la cabaran ni lagi-lagi cabaran nak tinggalkan asrama. Semua ini bagi hidup lagi warna-warni ahaks. 2013 with the 94's batch is one of memories that I can't, and I won't forget. Sebagai exco ini banyak jugaklah tugasan yang kami kena buat sendiri tapi atas penyeliaan warden asrama. Antaranya Orientasi Asrama, Hari Terbuka Asrama dan banyak lagi. And gua bertindak sebagai Setiausaha Aspura kena kuruskan jari gua utk taip kertas kerja, surat jemputan dan tentatif program. Program yang pertama sekali kami buat ialah Orientasi Asrama utk semua pelajar baik Aspura baik Aspuri.

Orientasi Asrama

So mula-mula tahun ni, aktiviti pertama yg exco kena handle ialah orientasi utk semua pelajar. Sesiapa yang pernah duduk asrama mesti pernah rasa kena ragging waktu orientasi. Dari form1 sampai form3 gua kena orientasi but naik form4 sampai form6 gua dah jadi Exco asrama. Tak perlu kena orientasi. Gua buli org. Gua dah besar. Memang besar. Orientasi ini bertujuan utk memupuk semangat kerjasama, berdikari dan utk memotivasikan diri para pelajar. Yeke ni? 

Macam aktivti yg dilakukan menyanyi dah confirm. And part yg paling annoying bila perempuan kena lipat tudung bulat sepanjang orientasi. 


So, Exco perempuan akan adjust tudung tuh sampai jadi bulat. Then semua muka comel comel belaka dah mcm kartun Chibi Maruko Chan. Ahaks.


Situasi 1: So semua org dibahagikan dalam beberapa kumpulan. Boy (baju hitam) I can see your lemak.
Situasi 2: Salah aktiviti dalam orientasi. We called it "Getah Cinta". The rules is you have to pass the getah by using your mouth. 
Situasi 3: Each group have to present their team work's punya pilihan. Example they choose Doreamon as their team's name. And we asking, "Why you choose it? Why you... Why you.. Too many why?
Situasi 4: HAHAHAHA Coin (the biggest one) gila kuat tarik,


Situasi 1: I already forgot what happen there.
Situasi 2: Semua cam whore lol.
Situasi 3: Ha you can see Mr. President there. And my best friend Shrek (yg hijau)
Situasi 4: HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHH I can't see this picture so fucking funny. Each group kena cari seorang model (lelaki) and kena make up sampai cantik. Nama game ni tak nak kalah "Muslimah Sejati" kalau tk silap la. Then kitaorg suruh cat walk tgk siapa paling mantap. AND THE WINNER IS AZIMAH (Azim) yg berbaju biru, bertudung putih, bergigi kedepan, berdada mantap.

My Birthday Celebration

Ha I never forgot this moment 04//03//2013. Celebrated my 19's birthday with Exco asrama. Terima kasih kepada semua yang memberi ucapan sempena ulang tahun kelahiran aku ini. Aku juga berdoa semoga kalian juga sentiasa dilimpahkan rezeki oleh Allah serta merahmati dan memberkati kehidupan kalian. Gila ni aku dapat banyak gila hadiah mcm hadiah krismas serious. Once again, thank you.  Malam tuh habis lumpur satu badan, air longkang belakang Aspuri pergh bau dia. Tapi kena redha sebab birthday punya pasal. AND YANG PALING HAPPY SEBAB DAPAT SAMBUTAN DENGAN ORG TERSAYANG (baju hitam, baju hitam ahaks) 

And I feel like



Situasi 1: Diaorg simbah aku, bau badan memang. Tudia cake Angry Bird sedap nakharom.
Situasi 2: Nampak tak kad besar tuh? Really appreciate it. Thank you so much.
Situasi 3: Alahai Ina tak bersedia lah (baju putih, tudung coklat)
Situasi 4: Alahai dh mcm anak keling mana dah ni. Ha that girl. Never thought you gonna be this important to me.

Maulidur Rasul

So next is Maulidur Rasul peringkat kebangsaan di Kuala Kangsar. Lawak waktu ni sebab kitaorg sepatutnya surpose to be sampai awal sebab nak masuk pertandingan perarakan. Siap dengan ikat sampin bunga last-last sampai lambat org dh habis masuk dewan. HAHA


Situasi 1: Ceh muka excited nak pergi. Ceh
Situasi 2: Alahai muka mcm cokodok tuh pehal? Wajdi dengan duck face lagi,
Situasi 3 and Situasi 4: Ni dh otw nak balik dh ni.


Situasi 1: Alahai muka suci nya sejuk peruk mak mengandung 9 bulan, pijak semut tak mati.
Situasi 2: Makan dulu, sap kok dulu.
Situasi 3 and Situasi 4: Nak balik jugak dh rasanya, Datang dengan harapan pulang dengan kesedihan (sebab lambat sampai)

Hari Asrama Terbuka

I paling suka part ni, part nak hias hias dorm ni I really like it. Sampai ke pagi pon tak pe sebab nak hias dorm kalau study haram. 
So, this is my dorm dari awal tahun sampai hujung tahun tapi bukan la dengan condition mcm tuh. HAHA Ini cantik waktu asrama terbuka je HAHA. Tapi usaha kami berlapan sampai tak tido malam berhasil apabila dorm ni berjaya jadi JOHAN k. 


Bulan Puasa

So, sampai la bulan puasa. I'm fasting with my friends since dari form 1 lagi. Bila weekend je baru dapat berpuasa dengan family. Even aku dh lama dekat asrama, its so hard for me to make up in the  morning to get sahur. Sometimes I didn't sahur because nobody waking me up haha. Tapi aku ni jenis tidur mati. Bom meletup sebelah pon tak sedar. 



Cam whore with adik-adik. LOL 

Raya

Lepas puasa of course la raya, then ada sambutan hari raya dekat asrama. Semua dah sedia dengan baju raya masing-masing. Lawa-lawa semua. Macam-macam makan ada siot kenyang nakharom hari tuh.


 Queue of Form 4: Ebay, Aqil, Helmi, Raihan, Wan, Shahmi, Syawal, Azim, Mamu, Acap.


Situasi 1: With my bestfriend. They are my soul, my human diary, and my other half, You mean the world to me and I love you all.
Situasi 2: Semua nafsu serakah makan.
Situasi 3: Senyum pishang. Abg Putera paling sador. Ali, Zack, As, Azim, Ilham, Putera, Wajdi.
Situasi 4: Bila gi gemok melompat mcm ni la bergegar dunia.


Situasi 1: With my lil brother, Rahmadan, peneman sepanjang masa. And Alhamdullilah dia nak result pmr dia dan abg doakan yg terbaik utk adik. You're never be replaceable, take care yourself.
Situasi 2: Segak berbaju hitam mcm nak masuk silat pon ada. Kistan, Asaari, Parid, Sofian, Awie.
Situasi 3: Kawan dari form1 sampai form6. Sepatutnya ada 5. Org lagi, Amsyar, tak turun waktu ni. Always there for me when needed. This is why I call all of you my bestfriend thank you your for everything. Semoga dilindungi oleh Allah stw sentiasa. InsyaAllah.
Situasi 4: With my lil brother also, so next year do the best for your spm. I know you can. Jaga dirimu baik-baik. 
AHAKS

Sambutan Kemerdekaan

Dapat la merasa sambut hari merdeka dekat asrama. Waktu ni semua org dah balik dah habis celebrate dah.
And malam itu ada bunyi api k Bama beli.


Congratulation Malaysia. 56 years in mataining your sovereignty. May this peace will last forever. InsyaAllah #AmbangKemerdekaanDiAsrama. Jerit sampai keluar anak tekak.

Jamuan Akhir Tahun Asrama.

Ha jamuan ni kira grand la dalam bahasa Melayu nak bg faham. HAHA  Majlis di adakan di Marina Ballroom. Gila semua bergaya malam tuh tak nak kalah. Makan dia memang sedap superb. Aku makan sampai tak ingat dunia. 
Malam ni semua perasan mcm artis 



Sitiuasi 1: Semua org bersedia utk bertolak ke Marina Ballroom pukul 8 lebih.
Situasi 2:  *Dengar pengetua tgh berucap*
Situasi 3: HAHAHAHAHAHAHAHAHA Tebal teroxx misai tu brader.
Situasi 4: Fariz, Menung, As tgh senyum. Aku tahu mereka lapar.


Gambar 1: Enok
Gambar 2: Kistan, Madan
Gambar 3: Wajdi, Ebay
Gambar 4: Danial, Nyet

Jamuan Aspura

And this is final annual dinner with all pelajar Aspura. Si Jalul, Enok, Bama, Adi lah pengelola event dok beli barang semua. So ptg tuh kami gotong royong potong sayur, bawang ceh dh macam nak kenduri pon ada. Hotdog, Bebola semua dah ready utk malam ni.


Situasi 1: Ahaks Jalul dengan Bama tekunnya buat kerja.
Situasi 2: Ceh 2 ekor ni acah acah je buat kerja padahal semua yg buat dak form 1 form 2. Tapi pali buat coleslaw sedap nakharom maklumlah air tangan ibu kan? HAHAHA
Situasi 3: HAHAHHA Ni lagi fake, tambah yg baju putih tuh haha.
Situasi 4: Gua dh mcm bapak org dh penuh anak anak keliling pinggang.

*Ready*

So sampai la malam tuh. Kitaorg tetapkan semua kena pakai baju kemeja. Semua bergaya malam tuh, Gua main pakai je baju dlm locker ni. Haha, malam tuh gila la punya enjoy menari memang best superb serious. Pasang projector hala dekat dinding then karok, menyanyi puas-puas sebelum makanan siap. Gila punya menari macam kena rasuk hantu, tapi best sampai Aspuri jealous ahaks. 


Situasi 1: Bersama dengan Ustaz Putera yang bakal menjalankan ceramah youtube beliau, dan bakal menyebarkan dakwahnya di kaca-kaca televisyen di Malaysia. HE-HE.
Situasi 2: Si Jalul menari buat bulat sebab waktu ni tgh kumandang lagi Malam Pesta Muda Mudi.
Situasi 3: Nabil mok, tarik habis lagu Penghibur Lara kalau tak silap.
Situasi 4: Semua dah naik hantu dah. HAHA



and last kitaorg tgk cerita Lagenda Budak Hostel


Ya Allah, sekejab je masa berlalu. They are like blood brothers to me. I guess that because mana tidaknya kita org satu asramakan. Pagi petang siang malam spent time together. We grow up together. Jangan lupa contact ye. InsyaAllah. Semoga dilindungi Allah swt sentiasa.

BBQ Form 5 and Form 6

This is jamuan utk form5 and form 6 yg tinggal dekat asrama waktu semua org tgh honeymoon. Maklumlah nak habiskan sisa-sisa hidup sebagai seorang pelajar dekat asrama. So, next year dh tak ada dekat asrama dah, warden nak buat bbq terakhir dengan kami dak form5 and dak form6. Thanks to Jalul, Enok, Nabil Mok, yang berpeluh bakar ayam. 



Ha pada masa yang sama, sambut birthday this girl Alya Awatif. Happy Birthday girl may God bless you. InsyaAllah

Tahun 2013 lah tahun yang banyak menyimpan kenangan ku sepanjang aku berada di asrama dan bersama kawan-kawan. Aku dulunya mentah rupanya seorang yang kuat ketawa dan sering menjadi penghibur mereka. Saat kami berbuka bersama, terawih bersama dan beraya bersama masih segar dalam ingatan. Masih teringat lagi saat aku tidak bertegur dengan Amsyar dan Jamalul, kisahnya biarlah hanya kami yang tahu. Tidak bererti persahabatan kalau selamanya indah tanpa ada sebarang perselisihan faham. Tapi itu semua lah yang mengajar ku menghargai apa itu erti persahabatan. Terima kasih kepada kawan kawan ku yang sudi bersama ku sepanjang aku berada di asrama SMKAB.

Aku akui, 2013 adalah tahun yang paling mencabar bagi aku. 2013 tahun pahit manis aku. Hidup umpama satu perjalanan. Yang kadangkala ada turun ada naiknya. 2013 graf hidup aku turun dan naik secara menggila. Dan hampir takut untuk memulakan 2014 kerana tak pasti apa lagi yang aku akan lalui

Semoga tahun yang mendatang akan kulalui dengan baik, tenang dan aku bakal mengumpul kenangan yang indah-indah belaka. Di kesempatan ini, aku abadikan kenangan 2013 seorang insan bernama aku. Abg hanya berharap Tuhan mempertemukan kita lagi dalam kesempatan lain dengan kebahagian yang lebih sempurna. Jaga diri dan teruskan perjuangan wahai adik adik ku yg masih berada di asrama. Once again, asrama SMKAB never be replaceable.

.

0 Comment(s)
« Previous Post